Rawatan Gigi Semasa Hamil

Bolehkah?

“Aduh, sakitnya gigiku!”
Sakit gigi merupakan suatu perkara yang sering menjadi kebimbangan buat si ibu hamil.
Seringkali bakal ibu tertanya-tanya, bolehkah mereka mendapatkan rawatan gigi semasa sedang mengandung.

 

 

Penjagaan gigi semasa hamil

Semasa hamil, ibu lazimnya hanya mengambil berat akan perkembangan bayi, perubahan bentuk tubuh dan juga penjagaan fizikal badan. Apa yang ibu terlepas pandang adalah mengenai penjagaan gigi mereka.

Tahukah anda bahawa hormon kehamilan yang dibawa oleh bakal ibu boleh meningkatkan risiko masalah gusi, sekali gus memberikan kesan kepada kesihatan ayi dalam kandungan.

Ramai wanita hamil yang mengalami masalah sakit gigi dan sakit gusi. Perubahan dan peningkatan hormon semasa hamil menyebabkan tubuh bertindak balas dengan plak, iaitu lapisan bakteria yang ada pada gigi anda. Penjagaan gigi yang betul dengan bantuan daripada doktor gigi akan menjadikan gigi anda kekal sihat walaupun semasa anda sedang mengadung.

 

 

Risiko Kepada Bayi

Penjagaan muluy yang sihat sepanjang sembilan bulan kehamilan anda adalah penting, bukan sahaja buat tubuh anda sendiri bahkan juga kepada perkembangan bayi dalam kandungan. Antara masalah berbangkit yang boleh dihadapi oleh ibu hamil jika mengalami sakit gigi ialah:

  • Keguguran 
  • Kelahiran bayi pramatang
  • Bayi kurang berat badan
  • Bayi mati dalam perut

 

Mungkin anda rasakan tidak logik jika si ibu hanya mengalami sakit gigi tetapi kesannya begitu kuat kepada bayi. Jangan ambil remeh tentang masalah sakit gigi, Mama! Proses jangkitan yang dialami pada badan ibu bukan sahaja akan melemahkan ketahanan tubuhnya, tetapi juga boleh menyebabkan bakteria yang menyerang gigi merebak kepada janin anda.

Bagi si ibu yang sihat, sistem ketahanan tubuh mereka adalah di tahap normal dan boleh mencegah bakteria tersebut sampai kepada bayi. Walau bagaimanapun, masalah akan timbul apabila jangkitan di tahap kedua memberi kesan kepada kesihatan ibu. Sistem imunisasi badan ibu akan lemah dan menyebabkan bakteria merebak ke seluruh tubuh termasuklah ke bahagian rahim dan plasenta. Justeru, jika anda mengalami masalah sakit gigi atau gusi berdarah, berjumpahlah dengan doktor anda segera!

 

What Our Clients Say
83 reviews

𝗣𝗿𝗼𝗺𝗼 𝗖𝗼𝗱𝗲: 𝗕𝗟𝟭𝟬

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Babylove will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.